Sila klik imej dan baca bahagian NOTE. Do click the image and read the NOTE
....
Kecewa, sedih, marah.... itu antara perasaan yang pertama si botak lalui bila email ini dititip. Si botak menulis skrip iklan bagi sebuah syarikat yang menawarkan khidmat pembelian tiket bas antara bandar melalui panggilan telefon dan secara online.
....
Si botak sangat bersyukur kerana ada pihak lain yang meneliti skrip ini, dapat si botak belajar satu dua perkara baru. Namun, luluh hati ini pabila bahagian NOTE dibacakan oleh JAWS. Tak selesa dengan orang cacat?
....
Ini bukan kali pertama perkara sebegini menembusi gegendang telinga si botak. Pernah satu ketika, si botak mengajar di sebuah pusat tusyen, bekas pengurusnya yang sangat baik hati, menelefon. Dia menyampaikan berita pilu, ibunya yang juga penghidap kanser, kembali menemui Yang Paling Penyayang. Namun, ayat seterusnya yang sangat tajam, kata wanita yang halus tuturnya itu,
"ada kawan akak yang berpendapat, mak akak meninggal kerana kamu. Maklumlah kamu OKU. Bagi dia, OKU ni pembawa malang. Tapi akak langsung tak percaya! Tak ada siapa pun pembawa malang. Ini Takdir!"
....
Ini mentaliti kita. bukan semua namun segelintir. Sampai bila nak anggap kecacatan sebagai sial? Sampai bila nak nafikan kewujudan orang cacat? Sampai bila nak bercerai kerana anak yang lahir cacat? Sampai bila?
........................................................................................................................................
Disappointed, sad, enraged.... these were the feelings that surrounded si botak while JAWS read the email sent to si botak. Si botak wrote a commercial script for a company that offers new way to purchase intercity bus tickets, via phone and online.
....
Si botak was so grateful for there is another party to revise this script, si botak would be able to learn a thing or two. Yet, this heart crushed as JAWS read the NOTE. Not comfortable with the disable?
....
This is not the first that such words emblezoned into si botak's ear. Once, si botak was teaching in a tuition centre, a kind manager who once worked there called, as to pass a bitter news, her mum who happened to be a cancer patient, moved on to meet The Most Compassionate. Her last sentence though, was as sharp as a knife, plunged into si botak's heart, deep.
....
"there was a friend, who thinks that my mum passed away because of you. You know, because you are a disable. Disables are jinx to her. Yet, i didn't buy it. There is no such thing as a jinx. This is destiny!"
....
This is our mentality, not entirely still some of us is holding on to this. When will we stop assuming disability as a jinx? When will the disable finally shall be acknowledged? When will the divorce due to the blessing of a disabled child ceased? When?