Saudaraku... My Kins...
Berbezakah kami?
Itu satu - satu soalan yang asyik bermain di fikiranku. Cuba lihat gambar di atas, dan perhatikan, berbeza sangatkah kami? Apakah kecacatan itu menjadikan kami bukan manusia?
Mungkin ada yang tertanya mengapa soalan ini saya utarakan. Adakah saya ini terlalu emosi? Saya seorang manusia, memang saya dicipta supaya punya emosi. Maka saya merasakan tidak salah untuk saya beremosi.
Kami orang cacat seringkali menjadi pilihan terakhir. Di atas adalah foto saya bersama pelajar - pelajar saya yang sedang mengikuti kursus diploma dan ijazah di OUM. Foto ini dirakam sewaktu perasmian tawaran baru dari OUM kepada orang cacat dan orang tua yang ingin belajar. Malah sebelum majlis bermula, kira - kira 2 minggu yang lalu, saya telah dimalukan oleh seorang pegawai pihak penganjur. Pada asalnya dia mahu memohon pengacara majlis tetapi setelah menyedari hanya saya pilihan yang ada, dia terang - terang terus mengata mereka terlupa, mereka sebenarnya ada calon pengacara.
Saya juga bertanya kerana ramai orang yang melihat kami seperti kami adalah sejenis makhluk yang terlalu aneh. Saya juga bertanya kerana saya membayangkan apa yang akan terjadi kepada pelajar saya ini tatkala mereka tamat belajar. Apa mereka akan dapat mencari pekerjaan atau lebih tepat apakah mereka diterima bekerja?
Kami, orang cacat adalah rakyat yang juga mampu menjana ekonomi negara. Kami mampu melakukan pelbagai perkara tetapi harus dibantu. Bukan maksudnya dengan mendukung kami ke sana kemari tetapi menyediakan fasiliti yang kami perlukan agar dapat kami turut serta di dalam pembangunan Malaysia.
Jadi, oleh kerana itu sekali lagi saya bertanya, berbeza sangatkah kami?
Are we that different?
It is the only question that still lingers in my mind. Are that different? Is our disability makes us less of a human?
Maybe some would think that i'm too emotional. I just could not see why not? I was created to have emotion. Why should I deny it?
The disabled is always the final choice. Above is a photo of my student and I, taken during the launching of a new scheme by OUM for People With Disability (PWD) and senior citizen. I would love to recall a meeting two weeks ago. I was publicly humiliated by an officer from the organising party. He was at first eagerly asking for MC from our party, after knowing that I was the only choice, all of the sudden, he remembered that they do have MC.
I am asking the question as others would look at us as if we are some wierd creatures. I asked it also on the fact that really shudders me, if there any opportunity for my students? Will they be hired?
We are also citizen that may contribute for this nation. We could do most of the things as long as we are helped. We did not ask for anybody to carry us all the way, yet we would love to be given a proper facilities for us to be mobile.
I would love to once again ask, Are we that different?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul apa yang telah di katakan oleh en muha...saya sendiri pun pernah terfikir apakah akan terjadi pada nasib oku dimasa akan datang jika ada discriminasi oleh pihak-pihak berkenaan...