Saudaraku... My Kins...

Masha' Allah
Salam.

Ramadan bermula lagi. Sekali lagi umat Islam seluruh dunia berlumba mengejar ganjaran yang tersedia. Malah ramai juga yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan bagi merayakan hari kebesaran, Aildilfitri.

Semalam, saya bertemu dengan seorang manusia yang membuatkan hati saya robek. Bukan kerana sikapnya namun kisah yang dipertutur olehnya. Saya bukanlah penglipur lara namun apalah salahnya jika kita saling berpesankan?

Saya OKU atau Orang Kurang Upaya. Sahabat saya ini juga OKU. Kami berdua berkerusi roda. Dia menceritakan pengalamannya berkerusi roda dari tempat kerja hingga ke rumah.

Dia mengayuh kerusi rodanya sejauh 20km di waktu malam dan tiada seorang pun manusia yang sanggup berhenti. Semua kereta hanya lalu malah ada yang hampir melanggar insan ini.

Terlalu sukarkah untuk sekadar berhenti dan menawarkan khidmat bakti? Bukankah bersedekah itu amalan yang terpuji?

Akhirnya terdapat satu pasangan yang cukup mulia dengan kereta yang sederhana, berhenti menawarkan pertolongan. Terima kasih buat Puan Nor Adlina dan Encik Sham dari Bandar Baru Bangi. Mereka ini adalah manusia yang patut dicontohi dan dijadikan ikutan.

Ah, yang pasti, rakan saya ini akan terus mengayuh kerusi rodanya. Mungkin dia satu hari nanti tidak akan pernah sampai ke destinasi......


Above I wrote a short yet very sad story of how a wheel chaired bound person had to travel using the wheel chair. The journey is almost 20km. Last night, the person navigated the wheel chair and no one cared to stop except for a very nice couple; Puan Nor Adlina and Encik Sham from Bandar Baru Bangi. They cared and that is the only thing ever count.
4 Responses
  1. assalammualaikum, salam sejahtera kepada tuan.semoga dalam lindungan berkat dan kasih sayang allah.

    tertarik dan terusik dengan entry ini. agak sudah lama tapi rasanya ini lah cerita yang berlaku setiap hari.

    tuan mungkinbercerita di pihak OKU tetapi terlepas pandang kepada realiti kenapa 'sukar' bagi sesetengah orang kita membantu OKU.

    tuan,
    dalam dunia ini terlalu banyak penipu dan begitu jugalah banyak penipuan yang berlaku. pengalaman saya sendiri, konon atas dasar keinsanan dan keperihatinan, langsung saya menjadi mangsa. orang yang saya sangkakan OKU rupa2nya bukanlah OKU tetapi adalah penipu. agak sukar mahu membezakan antara yang betul2 memerlukan pertolongan dan yang mana satu adalah yang akan menjadikan kita mangsa penipuan. cerita selebihnya tidak la perlu saya karangkan. barangkali tuan dapat tahu apa yang terjadi.

    oleh kerana yang itu lah maka menimbulkan suatu ketakutan dan prejudis.tuan, jgn lekas menghukum. tuan, jgn lekas melompat membuat kesimpulan. tuan, jgn lekas menyalahkan.

    keadaan kita mmg sukar. menjadi rakyat yang biasa biasa juga adalah sebahagian daripada orang kurang upaya. terus terang saya cakap, saya hanya membantu sekiranya saya benar2 yakin yang itu adalah orang kurang upaya. sedetik keraguan, saya tidak lagi sanggup mengambil risiko.

    tuan,

    jgn disesalkan menjadi kurang upaya, kerana tuan adalah orang yang kuat dikalangan kami.


  2. mOEha Aziz Says:

    Salam...

    pertamanya, saya tidak selesa dipanggil tuan. saya moeha.

    terima kasih kerana singgah... ada benarnya kata kata saudara itu.

    namun apa yang penting ialah niat dan perlakuan membantu itu... jika tertipu insyaallah akan lagi besar ganjarannya... semua sama OKU atau bukan, selagi bergelar manusia..

    :)


  3. panggilan tuan itu ada maksudnya.

    kalau tuan hadir ke BTN (kenegaraan) tuan akan tahu kenapa saya memanggil tuan. :-)

    panggilan itu bukan panggilan biasa biasa atau kerana suka suka. panggilan tuan itu ada maknanya dan membawa tanggungjawab yang besar. :-)

    terima kasih singgah ke blog saya.


  4. CT Says:

    "Ah, yang pasti, rakan saya ini akan terus mengayuh kerusi rodanya. Mungkin dia satu hari nanti tidak akan pernah sampai ke destinasi......"

    Ah, jnglah cakap macam tu...seperti orang yg berputus asa pula...sedih auntie membacanya:(
    Apa pun auntie hanya mampu berdo'a dari jauh...20km is a long way even for non OKU (tak larat auntie nak berjalan)
    Btw apa yang dikatakan oleh SpiNgemOrKS memang ada kebenarannya...auntie pun pernah dengar kisah ngeri mengenai orang yang menjadi mangsa sebab dia nak tolong orang...mudah-mudahan Allah akan melindungi kita semua. Wassalam!


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter