Saudaraku... My Kins...

Perlukah saya ulas lagi? ... Need I to say more?
Si juling dihalang ikuti kursus guru

MEMANG menghairankan, bagaimana sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan pendidikan modal insan negara peringkat tertinggi mempamerkan nilai sebaliknya. Hal ini amat mendukacitakan apabila mereka menolak orang bermata juling daripada menduduki Ujian Kelayakan Malaysia Educators Selection Inventory (MEdSI) Kursus Diploma Pendidikan untuk ambilan Januari 2008. Tindakan itu menggambarkan bahawa ‘insan cemerlang’ ini menyekat peluang insan yang dilahirkan tidak sempurna menggapai cita-cita dan harapannya sejak kecil. Untuk pengetahuan umum, si juling itu sudah melepasi syarat asas, khas dan tambahan yang ditetapkan iaitu PNGK di peringkat ijazah pertama melebihi 3.30, memperoleh keputusan MUET yang ditetapkan, sihat fizikal dan mental dan memilih kursus yang amat bertepatan dengan bidang pengajian sarjana mudanya, namun dihalang dari menduduki Ujian MEdSI itu atas alasan kerana bermata juling. Mereka menyalahkan sistem yang memilih secara default sedangkan umum mengetahui sistem dikawal oleh manusia dan manusia budiman pasti dapat membuat pertimbangan wajar atas hal ini. Bukankah manusia yang menetapkan arahan kepada sistem terbabit?.
Persoalannya adakah menjadi satu kewajipan untuk menjadi seorang guru atau pendidik perlu mempunyai mata normal? Sekadar bermata juling, tetapi boleh melihat dengan sempurna adakah menjadi syarat tidak boleh mengajar dengan cemerlang. Kriteria zaman batu mana yang mereka gunakan? Seolah-olah mereka meletakkan profesion perguruan ini setaraf dengan kriteria dan syarat untuk menjadi model, artis, duta produk kecantikan. Sungguh mendukacitakan. SI JULING KECEWA, Shah Alam, Selangor.


*petikan daripada surat pembaca di dada Berita Harian 28/09/2007

Astaghfirullah. Sampai bila orang - orang yang serba kekurangan akan terus ditindas? Di manakah letaknya sumpah kita sewaktu melafazkan kalimah suci Lailahaillallah Muhamadarasulullah?

I posted today, a letter of disappointment by a disappointed teacher want to be. The poor fellow graduated excellently yet failed to be chosen due to a crossed eye problem. When will this stop? When will the disabled being given a fair and equal chances? When exactly the disabled will free from discriminations and surpression? What happen to our vows when we pledge the SHAHADAH.....
0 Responses
  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter