Saudaraku... My Kins...
Hatiku yang terseksa olehmu bilakan terubat
Sedang panah maut lebih akrab menghambatku dari hampirnya aku padamu.
Jarak dan cinta dan dambaan dan semakin menggoncang
Dan kau tak juga hampir sebagai aku tak juga dekat.
Bagai layang layang terkatup kemas dalam genggam si anak kecil
Menghirup tetes maut sedang si kecil bermain ria.
Tak mungkin si anak punya saat merasa seksa itu
Tak mungkin juga si unggas punya upaya untuk lolos.
Terdampar depanku ribuan arah
Namun ke mana langkahku, tanpa sekeping hati?
Air mata si botak mengalir deras saat menaip bait luah rasa Qays ibn al Mulawwah atau lebih dikenali sebagai Laila Majnun (Yang tergilakan Laila). Kehampaan dan keikhlasan cinta dia kepada Laila Al-Aamiriya tak mungkin dapat sesiapa sangkal. Cinta dan kasih mereka berdua tak pernah tercemar oleh sebarang perlakuan sumbang mahupun desakan material. Masih adakah cinta sebegini di luar sana?
Si botak sangat risau mengenang anak muda kini yang bila nama bercinta, mesti berakhir dengan upacara menyerah. Mnyerah apa? Tepuk dada tanya selera. Si teruna pasti meleleh liur mengenang upacara ini. Tak payah lagi lama lama dalam kamar mandi. Si dara pula dengan rela menyerah atas nama cinta. Bila dan kembung, si teruna mencicit lari, tinggal pujaan hatinya derita menghadap pelbagai kemungkinan.
Orang orang dewasa, apa kata jika terlihat pasangan muda enak bercanda mesra, tegurlah mereka. Moga tak hanyut dibuai asmara. Moga tak lunyai rumput di balik rimbun semak. Bukan apa, orang muda, darah panas. Baik ditegur agar tak tersalah langkah.
Orang orang muda, apa kata pakai getah gelang di pergelangan tangan. Bila terasa membuak desakan fitrah yang satu ini, tarik panjang panjang dan lepaskan getah itu. Biar tersentak kulit menahan perit. Bukan apa, biar tersekat sekejap aliran laju darah itu. Biar apa yang keras, jadi lembik semula. Baik sakit dari mengundang padah.
Biarlah sesuci kasih Qays pada Laila. Apa yang lebih pasti sesiapa juga akan merasai nikmat dunia yang satu ini pada masa yang sesuai. Qays dan Laila langsung tak merasa. Tunggulah. Tak lama mana pun. :)
.........................................................................................................................................................................................................................................
When will the tormented heart be cured of you
While the arrow of death is nearer to me than I to you.
Distance and love and longing and tremor
And you neither bring me near, nor I come close.
Like a sparrow in the palm of a child being squeezed
Tasting the water of death while the child plays.
Neither the child has the sense to feel for the bird
Nor the bird a feather to fly and go.
I’ve a thousand directions whose ways I’ve known
But without a heart, where shall I go?
Si botak's tears dropped rapidly as typing this lovely verse of love written by Qays ibn al Mulawwah or better known as Laila Majnun (The one who driven mad by Laila). His despair and sincerity towards Laila will never be able to be denied by anyone. Their love had never been tainted by lust and materials. Is there this kind of love out there?
Si botak is very much worries when thinking about youngers nowadays when they are in love. It must be ended with the submissive ritual? Submission of what? Ask yourself. This ritual will definitely makes the lad drooling. It means the day of spending too much time in the toilet is over. As for the girl, it means willingly giving, in the name of love. Once it starts to swell, the lad will be running as fast as he could, leaving the love of his life struggling to face all sorts of possibilities.
Grown ups, what if when ever stumble upon this young couple extacised in love, just remind them. So that they wont be too drifted. So that there will no grass crushed behind any bushes. It is just that to guide this young couple to the right path.
Youngsters, why not try to wear a rubber band on the wrist. Whenever tempted by the raging hormones, pull the band as hard as any of you could then let it go. Let the skin feels the stinging. May it manage to stop the rapidly flowing blood. May it softened any hardened part. Prevention is better than cure.
Let it be as pure as Qays & Laila's love. One thing for sure, this earthly pleasure is a sure thing for anybody at the appropriate time. Qays and Laila didnt have the chance to experience it at all. Do wait. It wont be long. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
indahnya cinta yang suci, yang perjalanannya merentasi masa menuju abadi...
Salam ya Muha,
Cinta, atau perasaan itu, ianya boleh bantu membina sesaorang ke jalan kejayaan, ataupun menuju ke kehancuran.
Cinta antara manusia yang membantu ke arah kejayaan adalah seperti cinta Saidatul Khadijah r.a. kepada Rasulullah s.a.w.
Cinta antara manusia yang membawa kepada kehancuran adalah seperti cinta Paris dan putera Raja Troy sehingga melancarkan lebih seribu kapal perang yang dipenuhi soldadu.
Seddih.
Dosa mencemar cinta
Dosa yang dilaknak Tuhan
Malah dosa itu dihampiri juga jangan
Ahhh! Buta sungguh membezakan cinta dan serakah nafsu. Itulah, seumur budak sudah pandai berpacaran. Disuruh berilmu, lain yang dikerjakan.
salam alex,
betul tu... walau dah berabad lamanya... kisah cinta yang suci tetap dipertutur orang... bestnya kalau dapat... hehehe
salam ya akhi,
sedih kan?.. tu la, diaorg ni tak nak pakai rubber band... hehehe... yet, u r absolutely rite, cinta memang akan bawa orang ke arah ke arah n definitely ke arah kehancuran... :)
salam akak,
betul tu... suruh sekolah nak main main cinta kununnya... tak sedar cuma menurut nafsu... bila dah terlajak... baru nak nyesal... :P
Salam Anak Pak Aziz,
Betul. Orang dewasa patut tegur. Biarlah dimaki oleh bebudak kecil. Asal mereka tak tersalah langkah. Lagipun jika tegur, dah lepas tanggungjawab.
salam...yang parah lagi jelek..bila ada segelinitr ibu bapa seakan tidak ambil kisah..ada yg berkongsi cerita uda dan dara dengan anak2 remaja atas nama ingin menjadi parents yg berfikiran terbuka...lantas anak2 akan mengambil peluang atas sikap parents yg amat sporting itu
Salam sekali lagi,
Ya Muha! Anda dapat award! Sile ke blog saya di entry bertajuk 'Award' :)
My English lecturer also asked us to use a rubber band and do it exactly like that in case you are too nervous during presentation. LOL