Saudaraku... My Kins...

Legasi Sebuah Empayar ... An Empire's Legacy...
Si botak sedang membuai diri agar dapat lena. Namun, tak juga hanyut. Lantas si botak mendengar rakaman - rakaman lama yang si botak simpan. Tersenyum sendiri mendengar suara bidadari - bidadari yang sudi membantu di suatu masa dahulu. Apa agaknya khabar kalian?


Si botak tertarik bila mendengar suara manis J bukan nama sebenar (hahaha!) yang asyik membaca mengenai kegemilangan sebuah empayar di Asia Tengah. Empayar yang cukup luas sehingga berjaya menguasai tampuk pemerintahan Mesir Purba.


Empayar Farsi atau Parsi merupakan sebuah kerajaan yang sangat hebat. Bermula dengan kemunculan Empayar Madyan yang diasaskan oleh Madyan ibn Nabi Allah Ibrahim Khalilullah sekitar 525 sebelum Masehi sebelum dikuasai pula oleh keturunan Kurus atau Cyrus The Great dibawah Empayar Achaemenid dan diakhiri oleh Empayar Sasaniah pada sekitar 643 dan 650 Masehi melalui salah satu medan perang terkenal iaitu Peperangan Nihawand.


Apa yang menarik ialah legasi keturunan empayar ini. Pabila keluarga Sasaniah tewas, Huraits bin Jabir al-Hanafi yang telah dilantik untuk menjaga tanah Parsi telah menyerahkan dua puteri Yazdigird III ibn Shahriyar ibn Khusrow iaitu Maharaja Parsi terakhir kepada Saidina Ali Karamullah Wajhah radhiallahuanh.


Salah seorang puteri ini, Puteri Syahrubanu atau juga dikenali sebagai Syahzanan telah diambil menjadi menantu Saidina Ali, dikahwinkan dengan Saidina Hussain radhiallahuanh. Hasilnya, lahirlah Imam Ali Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai Ibn Al Khyaratayn (putera dari dua yang terbaik; Arab Quraish & Farsi). Sebermula dengan ini, lahirlah jurai keturunan Sayyid & Habaib yang akhirnya bertandang ke Tanah Melayu dan menguasai tampuk pemerintahan di sini. Malah, hampir semua Kesultanan Melayu pada masa sekarang masih boleh menjejak keturunan mereka melalui salasilah ini. Sebagai contoh, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah juga sebahagian keturunan ini melalui Bunda Baginda, Sharifah Nong Al Saggaf.


Masih panjang kisah ini, namun si botak terasa berat pula mata ini. Kiranya ini adalah mukadimah terhadap satu lagi artikel di masa akan datang. Si botak harap dapat bertemu dengan ??? sejelita anak - anak Raja Farsi... hehehe...


.........................................................................................................

Si botak is trying to get some sleep. Still, si botak couldn't. Si botak then listened to recordings saved from the good years. Smiling when hears the sweet angelic voices. How are you guys?


Si botak drawned when hear the J's voice affectionately reading about the greatness on an empire di Central Asia. An empire so vast that once managed to conquer the ancient Egyptian.


The Persian Empire was a great government. It began with the Median Empire founded by Madyan ben prophet Abraham circa 525 BC before it was governed by the Achaemenid, the descendant of Cyrus the Great and finally ended in the reign of Sasanid Empire around 643 and 650 AD in one of the famous battle of all time, the Nihawand Battle.


The most interesting part is the legacy of this empire. When the Sasanids were defeated, Huraits bin Jabir al-Hanafi was appointed to govern the Persian land, had given two Yazdigird III ibn Shahriyar ibn Khusrow's (last Persian Emperor) princesses to Saidina Ali Karamullah Wajhah radhiallahuanh.


One the princesses was Syahrubanu or also known as Syahzanan had been married to Saidina Hussain radhiallahuanh. Imam Ali Zainal Abidin whom also known as Ibn Al Khyaratayn (prince of two of the best ; Quraish & Persian) was born. Starting from him, the Sayyid & Habaib which travelled to the Malay Archipelago and became the rulers. Most of the Malay Sultanates (whether still ruling or had been dethroned) could easily trace their descendancies through this bloodlines. For instance, His Majesty Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin is also from this family through His mother, Her Royal Highness Sharifah Nong Al Saggaf.


This is indeed a long story to be told, yet si botak is almost asleep. This is an introduction to the forth coming article. Si botak wishes to meet ??? as charming as the Persian King's offspring... hehehe...
0 Responses
  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter