Saudaraku... My Kins...

Khalifahku... My Caliph...
Lima hari lepas...

Si Nizam mengejutkan si botak yang masih lena dibuai mimpi. Si botak yang masih di antara dua alam mengenggam telefon yang disua.

Kekanda Tikus :

"Ni nak bagitau satu hal. Jangan terkejut. Apak jatuh dalam bilik air. Dia dalam perjalanan ke hospital"

Si botak bingkas menarik saki baki diri dari alam indah di seberang. Mula menekan nekan kekunci evolusi En Graham Bell untuk mendapat gambaran yang lebih menyeluruh akan tragedi yang maha dahsyat.

Khalifahku (Bapaku) terjatuh di dalam kamar mandi!

Si botak terbelah dua hatinya. Antara mahu pulang atau tidak. Si botak tidak bisa memandu. Harus bergantung pada ihsan teman teman. Si Nizam dan yang lain lain punya urusan penting. Si botak meraung dalam sunyi.



Akhirnya, si botak gagahkan diri lantas menuju ke Terminal Pudu dengan dibantu Si Nizam. Si botak akhirnya diletakkan Si Nizam ke dalam bas TransNasional menuju ke Kuantan. Berdegup kencang nian jantung si botak. Sendiri di dalam bas dan memikirkan nasib Khalifahku...

Kini...

Khalifahku semakin pulih. Meskipun belahan besar terukir di belakang batu jemalanya meskipun terselindung dek sejuring kain balutan. Khalifahku semakin segar biarpun sesekali tersekat nafasnya dek menanggung sakit.

Khalifahku yang sudah lebih lapan dekad usianya, berbalut namun masih terukir senyum

Khalifahku seorang lelaki yang tak pernah mengeluh dalam membesarkan anak anak. Biarpun Khalifahku sangat tegas dan banyak leternya, dialah segala gala buat si botak. Khalifahku seorang pejuang. Tak pernah berundur walau sekali. Kini usianya sudah lebih lapan puluh namun dia tetap berdiri utuh membela keluarga. Dialah wira si botak!


....................................................................



Five days ago ...

Si Nizam awoken si botak from a deep sleep. Si botak still in between the two realms, grabbed the phone handed by him.


Kekanda Tikus :

"I want to tell you something. Don't be alarmed. Apak fell off in the bathroom. He's now on his way to the hospital"


Si botak straight away pull off the remaining self in the realm of the dream. Started to push the keypad on Mr Graham Bell's creation's evolution to secure a better view on the tragedy.


My Caliph (My father) fell off in the bathroom!


Si botak was torn apart. Whether to go back or not. Si botak could not drive. Has to depend on friends' mercy. Si Nizam and the rest were occupied on other matters. Si botak screamed silently.


Finally, si botak went to Pudu Terminal after pulling self together with Si Nizam's aid. Si Nizam placed si botak on a bus to Kuantan. Si botak's heart was pounding ever so strong. Alone on a bus and thinking of the fate of My Caliph...


Now...


My Caliph is healing though there is a big wound decorating the back of his head hidden by a piece of bandage. My Caliph is getting better though there will be time he would be having difficulty breathing for fighting the pain.


My Caliph is now more than eighty years old, wounded and still managed to smile.
My Caliph is a man whom has never complaint in raising his children. My Caliph is extemely strict and love to nag, yet he is everything to si botak. My Caliph is a fighter. Never retreated, not even once. Now in his eighties, he is still standing proudly protecting his family. He is si botak's hero!
8 Responses
  1. Kay Says:

    salam,
    syukur alhamdulillah...dia sudah sembuh. semoga dia terus sihat ye... take very good care of him ok.
    (thanks, sudi singgah ke blog kay)


  2. Salam

    Adik Botak,
    Kamu naiki bas dalam keadaan kamu yang begitu..aduh!Betapa kakak juga tak berdaya membantumu.

    Alhamdulliah..khalifahmu sudah sembuh!


  3. mOEha Aziz Says:

    salam kay...

    terima kasih daun keladi.. :) doa doa kan lah kami sekeluarga...


  4. mOEha Aziz Says:

    salam kak lily,

    dah terpaksa... nizam bekerja... apa pun, dah tanggungjawab kan? lagi pula, ianya cukup menyeronokkan... hehehehe

    alhamdulillah... kami sekeluarga agak runsing... kini semuanya sudah reda


  5. RyZ4L Says:

    waaaa...
    sorry to hear that uuu..
    glad to hear dat nothing bad happened...anyhow~ same2 doa die cepat sembuh and makin sembuh oke;)
    oh..take care of ursef taw..i agak terkejot that u go to kuantan alone..adusss..next time suruh i teman u balik ;)


  6. Alhamdullilah...

    I am glad your Khalifah is getting better. My heart wrench while reading the difficulties you have to endure just to go home. I am praying for you and your father health.. Amin..

    Haaziq


  7. mOEha Aziz Says:

    salam ryzal

    thanks dear, i know u would... itu pun dah cukup utk buat hati ini senang... :)


  8. mOEha Aziz Says:

    salam haaziq,

    Amin... thanks a million. it's nothing compared to the pain my father has to bear...


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter