Saudaraku... My Kins...

Terkenang Kenang(2)... Reminiscing(2)...
Si botak kelelahan. Sesudah sepekan balik ke rumah Khalifah. Sarang si botak bagaikan dilanda taufan. Dah jadi pusat pelupusan sampah. :p Maka si botak mengerah semua kudrat yang ada untuk membersih rumah.
Sedang asyik menjadi sindarela, si botak tak sedar air mata tumpah ke pipi.

....

"Yang, ambikkan bekas sirih Tok Enda."

Si botak kecik mengampil tepak sirih di atas rumah, lalu menghulurnya kepada Tok Enda Piah yang berkaca mata dan merah bibirnya (sebab makan sirih banyak sangat).

Arwah Tok Enda Piah adalah saudara jauh Mem Besar si botak kecik. Namun sangat rapat hingga terasa bagaikan nenek sendiri. Bagi orang kampung Mem Besar, Tok Enda adalah gelaran bagi nenek saudara.

"Tok Enda, kenapa kita nak kena panggil Tok Enda lah, Ammi (panggilan untuk pakcik) lah, Enda (panggilan buat makcik) lah?"

Tok Enda Piah, menyuap sirih ke dalam mulut.

"Yang, kita hidup atas dunia ini mesti kena jaga tatatertib sesama manusia. Panggilan Ammi, Enda dan Tok, adalah panggilan hormat. Tuhan pun suka kita panggil sesama manusia dengan gelaran yang baik baik. Lagipun, saudara maralah yang akan tolong kita nanti. Jadi kenalah jaga percakapan, supaya tak bergaduh sesama sendiri."


....


Si botak tersenyum sendiri. Wajah dan pesanan Arwah Tok Enda Piah jelas terbayang. Tangan makin laju menggaras, pipi kian basah. Mengenangkan kebenaran pegangan orang tua yang tak pernah belajar secara formal, tak masuk universiti, namun tetap rasional pemikirannya.

Si botak berhenti. Menyeka air mata yang kian lebat. Terkenang kenang...


...................................................


Si botak was out of breath. After a week in Caliph's place. Si botak's place seemed to be ravaged by storm. It was like a dump site. :p Thus, si botak gathered all energies left to conduct 'spring cleaning'.

While busy being cinderella, si botak did not realise tears rolling down.

....


"Yang, go and get Tok Enda's betel case."


Little si botak went upstairs to secure it, then passed it over to Tok Enda Piah, a spectacled lady with a red lips (for chewing betel for too much)


The late Tok Enda Piah was a distant relatives of Mem Besar. Yet was so close like a grandmother. For folks in Mem Besar's village, Tok Enda was a salutation used for grand aunts.


"Tok Enda, why do we have to use Tok Enda, Ammi (for uncle), Enda (for aunt)?"


Tok Enda Piah, took the betel leaf.


"Yang, while living, we have got to be courteous with each other. The salutations such as Ammi, Enda and Tok, are out of respect. The Lord loves it if we address each other with a good names and salutations. Besides, relatives would somehow help us someday. So, speak nicely, so, we won't be fighting with each other.


....

Si botak smiled. the late Tok Enda Piah's face and words vividly emblazoned in mind. The hand scrubbed harder, while the cheek was soaked. Thinking how true and rational it was, the words of an old lady whom never received any formal teaching, lest go to the university.


Si botak stopped. Wiping the tears. Reminiscing...

9 Responses
  1. Kay Says:

    "moral education of the Malay society, Islamic moral education, impact of modernization..."

    ingatlah, bahasa melambangkan bangsa...di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.


  2. Salam,

    Setuju dengan Kay. Betul tu,universiti tidak mengajar dan mendidik kita menjadi manusia yang menghormati orang. Sekadar tempat untuk menimba ilmu.

    Cuma bila kita berpelajaran tinggi,diharap kita juga mempunyai nilai moral danetika yang tinggi.

    Mengikut resmi padi dan bukan ayam :)


  3. Anonymous Says:

    hi there,

    i couldnt agree more with everyone here. our elders, they learned more than us though didnt go to any university. that's why we must listen to their sayings.

    steven ling


  4. mOEha Aziz Says:

    salam kay,


    terima kasih... satu hujah yang padat lagi membuka minda walau ringkas... peringatan yg luhur...


  5. mOEha Aziz Says:

    salam kakakku,

    sangat setuju... :) apa yg dipelajari di universiti hanya jadikan kita lebih cenderung mengikut resmi ayam...


  6. mOEha Aziz Says:

    hi steven,

    yup3... we must listen to them more... :)


  7. a Says:

    sy ingin mmbantah ke3 3 pndpt di ats
    bkn brniat utk mmbantah (gaduh etc)

    tetapi

    ini sekadar perkongsian pndpt
    kita x sepatutnya menyalahkn sistem pembelajaran di universiti
    sememangnya masing2 sibuk mndptkn cgpa yg cemerlang
    ttp ap yg sy perhatikn
    pensyarah2 cuba menerapkn nilai2 murni..(alhamdulillah..pnsyrh2 sy sedemikian rupa)
    pengajaran nilai2 murni memg xda dlm syllabus
    tetapi bnda tu dtg scr sndri
    bnda 2 tu ad di sekeliling kita

    jd,
    bg sy,
    pelajar2 universiti
    haruslah lebih peka dgn keadaan sekeliling bkn hnya mau dpt cgpa gempak tetapi akhlak=0

    renung2 kn

    p/s: betulkn sy sekiranya pndpt sy td ad salahnya~


  8. mOEha Aziz Says:

    salam Sharul Hafizi,

    satu pandangan yg segar dari anak anak yg mash di bangku universiti... sangat bernas...

    apa yg boleh saya komen adalah, tidak ramai yg akan sedar atau peka sebagaimana anda... ramai yg akan tewas dgn tuntutan sistem di universiti...

    satu pembelaan buat kami yg telah melalui zaman di kampus, pensyarah kini makin sedar dan terbuka... berbanding pensyarah kami dahulu... alhamdulillah...

    apapun... satu hujah yg segar... :)


  9. a Says:

    terima kasih saudara moe :)

    alhamdulillah

    pensyarah2 kini
    ramai menyedari akn pentingnya
    nilai2 murni

    namun
    xdinafikn ad juga segelintir
    pensyarah2 yg hnya pentingkn $$$
    dn pangkat
    mgkin mereka trhanyut dgn godaan dunia
    moga2 ALLAH buka hati mereka itu~


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter