Saudaraku... My Kins...
....
Cubalah sendiri. Manalah tahu akan membawa faedah. Lagipula harganya sangat berpatutan, setengah jam hanya RM15. Tak salah berusahakan?
Tali terap tali teraju,
Dayang dayang mana lakimu,
Laki kurap membelah kayu.
Lega rasanya. Kekanda selamat dan anaknya juga. Segala puji hanya untukNya. Pagi tadi dikejutkan Nizam dan Ahmad. Rupanya mereka juga seronok dikurnia anak saudara.
Lantas kami bertandang ke Putrajaya. Setiba di sana, meluru ke kaunter pertanyaan. Maklumlah pertama kali ke hospital itu.
....
Abang Mohariz yang kini bergelar Ayah
-tak boleh lagi selalu terlelap ya ...hehehe-
....
Keluarga bahagia (InsyaAllah)
-Kekanda Zarina, Abang Mohariz & Luq yang masih tak mahu menyusu-
....
Luq bersama Unclenya
-yang menggigil (takut cederakan Luq) Luq juga menggigil (kesejukan)-
....
Dunia.. Luq sudah tiba di pangkuanmu. Bimbinglah dia ke jalan yang benar...
....
Langit.. Luq sudah bersedia di bawah lindungmu. Payunglah dia agar tak sukar perjalanannya...
....
Bulan, Suria dan Bintang.. Luq sedang mengorak langkahnya. Terangilah agar tak sesat jelajahnya...
Pecah
Terbelah
Dua jurai tak pernah senada
Ibrahim!
Darahmu saling berantak
Rabak hamparan ini
Tertancap sembilu rakus
Meski bercucuran payung alam
Tak pernah mungkin kapus
Gelora bermusim ini
Dari bapak nan satu
Amarah
Menerjah
Dua panji tak mungkin seirama
Ishak!
Kuat benar asak puteramu
Runtuh teratak ini
Terpalit nista mengundang kabus
Meski membara mata alam
Tak pernah mungkin hangus
Dendam bermusim ini
Dari bapak nan satu
Resah
Pasrah
Dua gerombol tak mungkin sesuara
Ismail!
Teguh benar tampanan anakmu
Ranap serambi ini
Terpercik duka di tubuh tulus
Meski menderu hembus alam
Tak pernah mungkin hapus
Derita bermusim ini
Ibrahim!
Ishak!
Ismail!
Ke mana harus kami palingkan wajah ini
Saat bersua kalian kelak?
Muha anak Pak Aziz
.....
Ayam....
Bermacam ayam....
Taha! Kami tidak turunkan Al – Quran ini kepadamu agar kamu susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah).
(Taha: 1-3)
Segala puji hanya bagi Allah SWT. Sesungguhnya Dia penguasa sekalian alam. Namun tidak pula Dia kejam malah Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun. Diturunkan Al – Quran sebagai panduan kita. Jadi kenapa kita mahu menjadi terlalu sombong lalu berpaling dari rahmat Allah?
Bukankah Allah menyeru kita agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa? Berbakti kepada dua orang manusia yang telah banyak berkorban di dalam membesarkan kita. Allah menganjurkan kita agar berlaku lembut yakni menjaga tutur kata serta tidak menyakiti hati bahkan tidak pula mendera fizikal kedua insan istimewa ini. Sudah terang lagi bersuluh, maka mengapa masih kita seakan tidak peduli?
Terlupakah kita pada perintah ini sehingga kedua ibu dan bapa kita merempat di bumi tuhan? Terlekakah kita sehingga terdampar begitu ramai orang – orang tua di rumah perlindungan. Terlalaikah kita sehingga air mata pilu orang – orang tua itu menitik membasahi bumi?
(Perhatikanlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, sedang dia memberi pengajaran kepadanya, (katanya): Hai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan itu adalah satu aniaya yang besar. Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun (yakni): Berterima kasihlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu. KepadaKulah tempat kembali. Jika keduanya (ibu bapamu) memaksa, supaya engkau mempersekutukan Daku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui, maka janganlah engkau ikut keduanya dan bergaullah dengan keduanya di dunia, secara baik, dan turutlah jalan orang yang bertaubat padaKu. Kemudian tempat kembalimu adalah kepadaKu, lalu Kukhabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Luqman: 13-15)
Peringatan bagaimana lagikah yang kita dambakan? Firman Allah sudah terlalu jelas. Biarpun kedua ibu bapa kita mengajak kita menderhaka terhadapNya, namun masih kita wajib melayan keduanya dengan kebaikan di samping menolak ajakan itu. Jadi bagaimanalah tergamak kita ingkar terhadap perintah Allah yang Maha Esa?
Mungkin ada yang mengatakan, “Ah! Kedua orang tuaku adalah insan yang tidak bertanggungjawab.” “Ibu dan bapa saya tidak pernah menyayangi saya.” “Ibu dan bapa aku terlalu asyik bekerja sehingga tiada masa terhadap aku.” “Ibu dan bapa saya tidak menjamin saya saat saya ditahan kerana menghisap dadah.”
Tidak terfikirkah bahawa jika mereka terlalu asyik bekerja kerana ingin menyediakan kehidupan yang selesa kepada kita? Jika mereka tidak bersetuju dengan pilihan perkahwinan kita, kerana kita tidak pernah berusaha berbincang dan meyakinkan mereka. Kita hanya tahu bertengkar sahaja dengan mereka. Malah jika ada ibu yang menjual kehormatan diri, bukankah itu dilakukan semata untuk membesarkan anak – anak kerana tiada pilihan lain. Mengapa kita tidak pernah mahu berfikir sejenak dan cuba pula memahami perasaan kedua ibu bapa kita?
(Maryam: 41-48)
Perhatikan bagaimana Nabi Ibrahim berdakwah kepada bapanya. Ayat baginda yang lembut lagi teratur dihampar bagi melembutkan hati bapanya, Aazar. Walau diancam dan dihalau oleh bapanya, baginda tetap berdoa akan keselamatan ayahnya. Mungkin ada yang mengatakan, “Ah! Nabi Ibrahim itu nabi. Memanglah akan bersabar. Kami ini manusia biasa.” Jika demikian, mengapa tidak kita berusaha mencontohi baginda? Bukankah Allah menurunkan semua kisah di dalam Al – Quran untuk dijadikan pedoman?
Sesungguhnya nabi dan rasul juga adalah manusia seperti kita. Apa yang membezakan mereka dengan kita hanyalah ketakwaan dan hakikat bahawa mereka pesuruh Allah. Ini bermakna kita juga mampu menjadi seperti mereka. Bukanlah menjadi nabi tetapi mempunyai sifat – sifat terpuji. Memang bukan mudah, namun bukankah telah ditinggalkan oleh Muhammad SAW, Al – Quran dan hadis sebagai pembimbing kita? Apa lagi alasan kita? Apa lagi yang ingin kita gunakan bagi membenarkan segala kesilapan yang kita lakukan?
Berlaku adillah
Kekadang kita terlalu berdendam sehingga kita biarkan perasaan marah mengaburi hikmah yang berada di depan mata. Berlaku adillah terhadap diri kita sendiri. Jangan biarkan dendam membutakan mata hati kita. Katakan, sekiranya kedua ibu bapa kita tidak menghantar kita ke sekolah misalnya, kita pula sangat berjaya di masa kini. Kita berasa marah dan membenci ibu bapa kita. Namun kita tetap berusaha sehingga berjaya. Bukankah itu satu hikmah? Apa yang akan terjadi sekiranya ibu bapa kita menghantar kita ke sekolah? Mungkin nasib dan takdir kita tidak akan beruntung seperti apa yang kita ada sekarang. Jangan terlalu memandang kebelakang sehingga terlupa untuk menghitung segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Berlaku adillah juga kepada kedua orang tua kita. Mereka juga manusia biasa. Mereka juga seperti kita yang sentiasa terdedah kepada kesilapan. Begitu sukarkah untuk memaafkan mereka? Mungkin kita dihantar untuk membesar dengan datuk dan nenek. Tak terfikirkah kita mungkin mereka terpaksa berbuat sedemikian di atas rasa kasih mereka terhadap kedua ibu bapa mereka? Mereka mungkin tetap menanggung kita pada masa itu tanpa kita sedari.
Biarpun mereka mungkin langsung tidak pedulikan kita. Mereka teruskan kehidupan tanpa membesarkan mahupun menyayangi kita. Namun, apa hak kita untuk menghukum mereka? Bukankah hanya Allah SWT sahaja yang berhak menghukum sekalian hambaNya? Kita hanyalah insan kerdil yang menumpang di bumi tuhan ini. Yakinlah dengan ketentuan Allah SWT.
Berlaku adillah terhadap Allah SWT dan junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Tiap keringat dan darah baginda yang menitis ke bumi Allah akan menjadi sia – sia, sekiranya kita tidak langsung berusaha mengikuti segala perintah Allah yang disampaikan baginda.
Tergamakkah kita?
Bukakanlah hati untuk saling bermaafan
(Al – Hijr: 85 – 86)
Marilah bersama kita mencari keredhaan dan bukannya kemurkaan Allah. Kita telah ditunjukkan jalan, dibekal pula dengan peringatan, maka marilah kita berusaha menuju ke jalan yang benar.
Tolaklah (balaslah) kejahatan dengan cara yang terbaik. Kami lebih mengetahui apa – apa yang mereka sifatkan.
(Al – Mukminun: 96)
Sekiranya mereka, yakni kedua ibu bapa, kita anggap terlalu berdosa terhadap kita. Maka renunglah ayat di atas. Islam menganjurkan kita membalas kejahatan dengan kebaikan serta kelembutan. Insya’Allah, moga hidup kita semua akan sentiasa dilimpah cahaya rahmat dan hidayah dariNya. Wallahu’alam.
Kabhi Kabhi mere dil mein
Kadang kadang dalam hati ku
....
Berbalik kepada soal Sulalatus Salatin, atau Sejarah Melayu. Saya masih memikirkan samada boleh dipercayai penemuan kecil saya tempohari. Saya teruskan pembacaan dan saya temui satu lagi perenggan yang menyebut nama Nurshirwan Adil;
Ini dia Shahnameh kitab karangan Ferdowsi
It is the oldest Iranian city and one of the oldest in the world. At the Media era, the dawn of Iranian history, the city was called Hegmataaneh. In Greek documents, however; the city was named Ekbaataan. The valley of Hegmataaneh in the city contains a lot of the relics of Media, Achaemenid, Sassanidae and Islamic era civilizations. Some of the relics have been uncovered and are on display to the interested. All this indicates that Hamadan has a huge share in the establishment of the human civilization.
The poet Ferdowsi says that Ecbatana was build by King Jamshid. The modern Hamadan consists of a large central roundabout with six avenues running into it.
Nah! Bukankah terbukti bahawa tulisan agung olahan Tun Seri Lanang ini berdasarkan kisah yang berlaku di negara atau tempat yang benar benar wujud.
Di bawah merupakan peta dan gambar gambar yang berkaitan Hamadan ;
Di dalam kotak hitam tu letaknya Hamadan
Ini pula Ganjnameh - batu bersurat antara tertua di dunia yang terdapat di Hamadan
Ini pula tugu peringatan Ibnu Sina atau Avicenna yang meninggal dunia di Hamadan
....
Mari gali!
Meminjam kata kata seorang pengkritik sebuah rancangan realiti TV, mari kita gali! Gali semula kebenaran kitab kitab lama kita. Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung. Terasa sakit sangat waktu ditarik. Tidakkah anda terasa sakitnya?
*Terima kasih sahabatku yang tidak mahu namanya disebut. Kalau tiada dia, tiadalah gambar2 dan peta di atas
Sampai bila agaknya kita mahu terus bergantung kepada peradaban Barat? Mungkin anda tertanya kenapa agaknya budak botak ni tiba tiba mengutarakan soal sebegini.
....
Saya suka membaca. Sedari kecil hingga kini, saya masih gemar membaca. Salah satu tabiat saya ialah membaca sesuatu buku berulang kali. Biar saya sudah hafal akan tulisan itu, tetapi saya akan tetap membacanya berulang kali.
Antara buku yang paling saya minati ialah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Dahulunya, bila membaca atau mendengar bahagian pertama buku ini, saya beranggapan ini kisah dongeng semata. Malah Seminar Kesultanan Melayu Nusantara di Pahang pada awal 2005 memutuskan bahawa kisah itu adalah kisah 'dewa dewi' yang tidak boleh diterima pakai. Kisah apa?
Zuriat Iskandar Dzulkarnain
Ini kisahnya; kisah akan Iskandar Dzulkarnain yang sampai ke benua Keling (India) dan menawan salah sebuah kerajaan di sana. Raja agung ini berkahwin dengan Puteri kerajaan itu dan meninggalkan isterinya kerana ingin kembali ke Makaduniah (Macedonia). Puteri itu hamil dan melahirkan seorang putera yang meneruskan warisan Iskandar Dzulkarnain.
Kisah ini berterusan hinggalah kepada Raja Suran yang menyerang Tanah Melayu yang pada masa itu di bawah taklukan SriVijaya. Kisah ini berlanjutan sehingga ke Temasek (Singapura), Melaka dan berakhir di Johor.
Pendapat Barat
Semua sejarahwan setuju bahawa kisah awal Sulalatus Salatin ini adalah rekaan semata bagi menghebatkan asal keturunan raja raja Melayu. Benarkah? Atau kita bersetuju kerana R.O Winstedt dan Shellabear berkata demikian?
Sampai bila ingin kita berpaling kepada ajaran dan penemuan barat? Kita rela menerima apa sahaja yang mereka suapkan? Kita harus ingat, mereka terlalu bergantung kepada bukti yang kadang kadang mereka sendiri tidak faham. Bayangkan membaca tulisan yang sudah lama pupus dan tiba tiba mereka boleh merungkai bahasa itu? Dan lagi sedih, kita turut percaya.
Lupakah kita bahawa kita dititipkan dua sumber rujukan yang sangat lengkap? Al Quran dan Hadith. Kita juga seakan tidak mempedulikan kajian dan penemuan ilmuwan Islam.
....
Raja Nurshirwan Adil
Berbalik kita kepada soal asal usul raja raja Melayu. Di dalam permulaan kisah Sulalatus Salatin, terdapat satu nama yang disebut sebut. Raja Nurshirwan Adil.
Maka Raja Ardis Mirkan (anak kepada Raja Kudar Zakuhun anak kepada Raja Amtambus anak kepada Raja Sabur anak kepada Raja Aftus anak kepada Raja Aristun Syah anak kepada Iskandar Dzulkarnain) naik kerajaan; adalah baginda beristerikan anak Raja Nurshirwan Adil, raja masyrik dan raja maghrib;
Menurut Winstedt dan Shellabear serta sejarahwan tempatan yang bijaksana, Watak ini rekaan semata - mata. Raja ini tidak pernah wujud. Benarkah?
Pendapat Ibnu Jarir
Ibnu Jarir merupakan salah seorang ilmuwan Islam yang banyak membicarakan tentang soal sejarah. Antara petikan tulisannya banyak terdapat di kitab Qishashul Anbiya' Ibratul li Ulil Albab karangan Ibnu Kathir. Di dalam kitab ini, semasa membicarakan soal siapa Nabi Khidir, terdapat satu petikan catatan Ibnu Jarir yang sangat menarik;
....
Cahaya hatiku, Hafiz yang mula pandai merangkak....
Ciptaan Tuhan yang cukup indah.....
Menyentuh lemah
Tabir utuh nan bermusim tak dikunjung
Lantas carik berkeping – keping
Menyungkur rebah
Telanjang namun tak pula murung
Lalu surya melontar sekilas kerling
Denyut apakah?
Menatap cantingan Yang Kuasa
Di atas sirih bujur lariknya
Dihias kejora berkelip kelip
Dibelah seludang menampung langit
Diapit pauh nan dilayang
Disimbah kesumba penghambur bicara
Diseri aturan sayap sang kumbang
Dendang apakah?
Menghambat amarah
Tari hasrat tak lagi canggung
Luruh ragu berdenting – denting
Menyulam resah
Tawa memecah tertepis mendung
Lantai rasa tak lagi kering
Muha anak Pak Aziz
*Coretan ini merupakan dedikasi khusus buat enam orang insan yang sedari dulu hingga kini tidak pernah sunyi dari membawa cahaya ke dalam hidup ini.
Mamaku,
Seorang manusia yang sangat kuat pegangannya dan tak pernah menitiskan airmata biar hatinya seringkali koyak. Terima kasih mama. Chu sangat saying pada mama. Biarpun chu masih gagal memudahkan hidup mama. Maafkan uchu ya!
Bapaku,
Seorang lelaki yang sangat susah untuk tersenyum di khalayak ramai. Pemalu orangnya. Kerana cuba memantapkan iman katanya. Malangnya anaknya ini tipis amat imannya, tak malu orangnya…. Terima kasih buat bapaku yang hancur lebur tubuhnya demi memberi hidup sempurna demi aku.
Moyangku,
Almarhumah yang mengajarkan aku akan siapa diriku. Apakah tujuan penciptaanku dan ke mana halatujuku. Meskipun telah 8 tahun kami tidak pernah mungkin akan bertemu lagi namun suaranya, sentuhannya, tidak pernah hilang; sentiasa terngiang ngiang di sekitar benakku.
Nizam Kamaruddin
Anak muda ini pernah dahulunya bergelar pelajarku. Kini dia adalah seorang insan yang tidak pernah jemu melayan karenahku dan tidak pernah bosan membantu aku meneruskan hidup ini. Terima kasih zam. Hanya itu yang dapat aku lontarkan setelah kaukorbankan hidupmu kini buat budak botak yang manja ini.
Rosmah Dain
Kakak yang aku ketemu hanya di atas nama kerja pada mulanya. Kemudian kami bertambah rapat dan alhamdulillah akhirnya aku dikurniakan seorang lagi kakak. Manusia yang tidak henti henti membantu diri ini yang serba kekurangan. Terima kasih kak. Biar kini kita agak jauh dek batasan kerja, namun adikmu ini tetap tahu akan diri kecilnya sentiasa ada di sudut ingatanmu.
Seorang wanita yang sangat hebat. Pertama bersua di kelas pelajar OUM, aku tidak nampak sebarang kekurangan pada dirinya; hanya nampak cahaya perjuangan yang membakar tiap ruang hati ini. Terima kasih kak, kerana tidak jemu menyelitkan nama adikmu ini di dalam tiap doamu. Teruskan perjuangan. Adikmu ini tetap ada di belakangmu biar hanya selintas angin cuma.
* Ampun kak, adikmu ini 'merentap' foto ini dari blog akak. maaf ya... :P