Saudaraku... My Kins...
Si botak masih gering. Kepalanya berdenyut seolah olah ada tapak pembinaan di dalamnya. Ah.. Gasakkan aje. Si botak perlu buat buat sibuk agar tak terlalu memikirkan dentang denting dalam tempurungnya.
....
Si botak terasa ingin bersiar - siar. Sedang berdayung, singgah ke sebuah pulau yang ratunya sedang berduka dek kerana cinta. Sayu si botak mengenangkan kesedihan dan dilema sang ratu. Sang ratu melontar jauh jauh malu yang menyelimuti diri semata untuk mendapat sebuah kepastian. Perigi mencari timba? Tolonglah. Kikislah pemikiran jumud itu. Bukankah Siti Khadijah r.a putri Khuwailid yang meminang Junjungan Besar Kita? Apakah bukan beliau merupakan orang pertama menerima ajaran KekasihNya, perempuan yang sangat dicintai Junjungan Kita?
....
Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminin; Aisyah r.a dengan katanya :Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (Riwayat Muslim-tergolong Hadith Sahih)
....
Islam menggalakkan kita untuk malu. Tetapi malu bertempat. Bukannya malu yang melulu sehingga membawa mudarat. Perempuan juga ciptaan Allah yang punya nafsu dan keinginan.
....
“Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (Riwayat Muslim - tergolong Hadith Sahih)
....
Dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah saw dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (Riwayat Muslim - tergolong Hadith Sahih)
....
Nah! Maka hentikanlah mencemuh perempuan perempuan yang menawarkan dirinya untuk untuk dikahwini. Mereka adalah perempuan perempuan baik yang ingin menghindari fitnah dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Mereka lebih mulia dari sahabat mereka yang cukup malu dan berhemah di hadapan manusia tetapi sanggup melampiaskan nafsu dengan cara terkutuk walau sedar mereka tak pernah sendiri, sentiasa diperhati Sang Pencipta.
....
Berbalik kepada soal sang ratu. Setelah meluahkan maksud hati. Si jejaka memberi jawapannya. Katanya dia tidak boleh lagi memberi komitmen kepada sang ratu kerana masalah keluarga. Setelah itu, si jejaka kini terus menyepi tanpa khabar berita. Sang ratu termangu sendiri. Terfikir pula si botak.
....
Sekiranya mereka berjodoh, dan tiba tiba keluarga si jejaka berantakan, maka si jejaka akan tinggalkan sang ratu? Alasan! Maaf, si botak agak beremosi. Si botak sudah letih dengan jantan jantan yang menggunakan nama agama demi kepentingan diri. Ajaran suci KekasihNya ini turun untuk membela nasib perempuan. Kini ajaran Junjungan Besar digunakan pula untuk menindas perempuan. Apa sudah jadi?
....
Kepada sang ratu, teruskan perjuanganmu mencari pakaian terbaik untukmu. Jangan dihiraukan cakap cakap mereka yang sedang mengunyah daging saudara mereka itu. Kepada si jejaka, jadilah manusia yang berakal. Beleklah kitab titipan Junjungan Kita dan carilah jalan terbaik untuk kamu berdua. Jangan berusaha mencari alasan tetapi berusahalah agar diberkati.
....
Si botak berdayung lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terharu.
Moga dipermudahkan jalan utk saya :)