Saudaraku... My Kins...

Arjuna & Srikandi
Jika membaca puisi 'Warkah Arjuna buat Serikandi' (Dalam kiriman di bulan Februari), pasti tahu siapa arjuna dan serikandi ini. Sesiapa yang membaca hikayat Pandawa Lima juga pasti kenal dengan dua watak ini.
....
Arjuna dan Serikandi (atau nama di dalam Mahabharata, Draupadi. Nama Jawanya ialah Serikandi) merupakan antara watak utama di dalam kitab Mahabharata yang tersohor di India. Malah, bila kuasa India mula menakluki Tanah Melayu, epik ini turut dibawa dan mula diterima oleh masyarakat Melayu. Ini melahirkan kisah saduran yang dipanggil Pandawa Lima!
....
Arjuna dan Serikandi digambarkan sebagai perwira yang gagah dan bertarung demi keadilan. Maka dengan ini, pahlawan pahlawan Melayu biasanya dipanggil juga sebagai arjuna bagi lelaki dan serikandi bagi perempuan.
....
Malaysia yang telah meniti ratusan tahun di dalam kronologi sejarahnya juga mempunyai ramai arjuna dan serikandi bangsa. Nama nama seperti Hang Tuah, Tun Fatimah, Datuk Bahaman, Che Siti Wan Kembang, Rentap, Onn Jaafar, Burhanuddin Helmi, dan ramai lagi sering diperkata.
....
Walau terdapat pelbagai versi dan persoalan tentang jasa jasa mereka ini, namun arjuna dan serikandi bangsa ini tetap juga diiktiraf oleh pelbagai pihak dan nama mereka masih di bibir generasi kini.
....
Terdapat pula arjuna dan serikandi bangsa yang langsung tidak terucap nama mereka. Inilah yang sepatutnya kita gali. Bukannya terus terusan mengeluarkan pelbagai bahan untuk mengagungkan arjuna dan serikandi pilihan hati masing masing sambil menidakkan kebenaran.
....
Hai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari cari aib orang dan janganlah pula sesetengah kamu mengupat orang lain. Sukakah kamu menakan bangkai saudaramu? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (AlHujuraat - 12)
....
Sekarang, sedang cuba untuk membuat beberapa kajian mengenai arjuna dan serikandi bangsa yang terus dilupakan kini. Nantikan kemunculannya ya!....
0 Responses
  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter