Saudaraku... My Kins...

Hari Bumi - Hari Merenung Kebenaran dan Kebesaran
Bosan sungguh pagi ni. Selepas mengadap, teringin pulak menulis. Suka jika ada yang membaca. Bukankah ayat pertama ialah; Bacalah! Bila kita membaca, bukankah ada saja perkara yang baru akan kita temui? Bukankah juga membaca kadang kadang akan membawa kita mengimbau kenangan lama? Ah, manis sungguh kurnia yang satu ini.
....
Hari ini 22 April 2008, jatuhnya sambutan Hari Bumi. Sesungguhnya bumi ini antara lambang kebesaran Dia dan bukti keluhuran kalamNya yang disampai oleh Kekasih Dia. Seberapa lama, manusia percaya bumi ini leper. Namun di dalam kitabNya terdapat beberapa ayat yang nyata membuktikan bahawa bumi ini bulat;
....
Dia menciptakan langit dan bumi dengan sebenarnya, Dia memutarkan malam kepada siang dan memutarkan siang kepada malam dan menundukkan matahari dan bulan (untukmu), masing masing beredar sampai waktu yang ditentukan. Ingatlah, Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (AzZumar:5)
....
Mungkin yang ada yang tertanya, mana ayatnya? Mana bukti yang Dia mengatakan bahawa bumi ini bulat? Apa yang boleh dikatakan ialah; cuba lihat betul betul. Dia memutarkan malam kepada siang dan memutarkan siang kepada malam.... Apakah bentuk benda yang biasanya berputar? Renungkanlah....
....
Bumi ini terlalu murah hati kepada kita. Dikeluarkan tumbuh tumbuhan dari dasarnya untuk kita makan, jika bukan untuk kita, untuk haiwan yang mana akhirnya akan kita makan. Tak usah kita fikir lagi tentang penganiayaan kita terhadap bumi. Tapi mari kita fokus kepada kebenaran ayat ayatNya.
....
Pernah saja kita mendengar rantai makanan bukan? Apa pula kaitannya? Mari kita jengah ayat ini;
....
Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dari saripati yang berasal dari tanah. Saripati itu kemudian Kami jadikan air mani yang disimpan dalam bilik yang kukuh. (AlMukminuun: 12-13)
....
Jelas bukan? Saripati dari tanah, adalah Karbon yang tak perlu kita ke universiti untuk mengetahuinya. Cukup sekadar mengambil subjek sains di peringkat rendah dan menengah. Karbon atau saripati dari tanah ini, jika mengikut ajaran sains mulanya akan diserap oleh tumbuhan selaku pengeluar dan akhirnya dimakan oleh haiwan serta manusia. Bukankah karbon ini juga yang akan diperiksa sekiranya mahu menentu usia sesuatu relik dan tulang yang ditemui? Bukti apa lagi yang perlu ditampilkan? Ternyata Junjungan Besar itu bukan pembohong. Baginda buta huruf dan pada masa itu mana lah ada pengajian sains dan sebagainya. Bagaimana Baginda boleh menuturkan ayat ini? Mari kita duduk sebentar dan berfikir.
....
Selamat Hari Bumi. Mari kita raikan hari ini dengan mendekatkan diri kepada mukjizat utama Baginda Junjungan Besar. Di dalamnya ada pelbagai ilmu. Kita bersama sama boleh memperbaik dan memelihara bumi ini jika jika faham akan ayatNya! Bila hati sudah tersentuh, ia akan terbuka, bila ia terbuka maka barulah amal akan bergerak. Kita bersorak dan bertempiklah supaya manusia menjaga alam dan bumi ini, namun jika hati terkatup rapat, apa gunanya?
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam,

    Selamat Hari Bumi :)


  2. Salam,

    Selamat Hari Bumi adikku.

    ps: oh...cik Kema sudah sampai kemari :)


  3. mOEha Aziz Says:

    Salam

    Cik Kema - Selamat Hari Bumi juga

    Kakakku- Selamat Hari Bumi dan selamat hari hari ... hehehe


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter