Saudaraku... My Kins...

Air Mata & Sebatang Rokok Suria
Si botak terjaga dari lena yang panjang. Kelelahan mungkin. Terjaga kerana kekanda perlukan sekeping lagi kertas berhias sulam kata kata demi membantu penerbit rancangan TV di tanah ini.
....
Air mata tumpah. Mengenang betapa lemahnya wakil Tuhan di tanah ini. Tidak lagi tertegak syiar di bumi ini. Kelam benar. Suram benar. Wakil wakil pilihan manusia di tanah ini terlalu sibuk memamah bangkai berperisa nanah dan pekung. Wakil wakil pilihan manusia di tanah ini terlalu asyik menenun benci agar terus berkuasa!
....
Si botak mencapai sebatang rokok suria. Dibakar lalu disedut dan dilepas asapnya.
....
Air mata tumpah. Mengenang betapa lemahnya wakil Tuhan di tanah ini. Tidak terang lagi Nur di bumi ini. Gelap benar. Gelita benar. Penghuni penghuni rahim di tanah ini terlalu sibuk meminum air laut . Penghuni penghuni rahim di bumi ini terlalu asyik bersorai sehingga dua insan yang mendakap mereka dulu, dicampak ke sisi, demi not not itu!
....
Si botak terus memegang sebatang rokok suria. Disedut dilepas, disedut dilepas asapnya.
....
Air mata tumpah. Mengenang betapa lemah wakil Tuhan di tanah ini. Tidak sempurna lagi seruNya di bumi ini. Khalifah khalifah di tanah ini terlalu sibuk menulis kerana dendam dan kerana amarah. Khalifah khalifah di bumi ini terlalu asyik tertawa dan memperolok sesama darah kerana hanya Iqra' bahan bahan tertulis demi kuasa!
....
Si botak masih memegang sebatang rokok suria. Disedut tak lepas, dilepas tak keluar asapnya. Ah, air mata ini telah menyebabkan terpadam hujung suria.....
4 Responses
  1. "Air mata tumpah. Mengenang betapa lemahnya wakil Tuhan di tanah ini. Tidak lagi tertegak syiar di bumi ini. Kelam benar. Suram benar. Wakil wakil pilihan manusia di tanah ini terlalu sibuk memamah bangkai berperisa nanah dan pekung. Wakil wakil pilihan manusia di tanah ini terlalu asyik menenun benci agar terus berkuasa!"

    Tertumpah juga airmata kakak membaca fasa ini.

    Sudah jelak menonton tv, membuka blog2 politik dan akhbar arus perdana maupunn yang menyonsang arus.

    Semua mau meniup api permusuhan demi kuasa. Huh! Bosan sungguh.


  2. mOEha Aziz Says:

    betul tu kak... adik akak ni pun dah bosan... kenapa perlu kita membenci kan?


  3. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    Kita membenci kerana Allah, di atas perbuatan keji manusia yang tiada hentinya mengejar duniawi. Adakalanya kita terikut perasan marah kita dengan perbuatan sidurjana sebegini kerana diri kita juga tidak lekang dari kelemahan sebagai insan hamba Allah Yang Maha Esa.

    Kita membenci melihat perbuatan penindasan kepada hamba hamba Allah yang lemah, kepada kemungkaran yang berlaku setiap hari, kepada penipuan dan pengkhiatan kata kata dan janji janji yang dilafazkan.

    Kita membenci, kerana Allah membenci perkara perkara itu. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad s.a.w. itu Persuruh Allah :)


  4. Anonymous Says:

    You write very well.


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter