Saudaraku... My Kins...

Dunia... LUQ sudah tiba!!!!!
Salam. Manis sungguh rasanya dunia ini. Semalam dapat khabar yang mengujakan dari Putrajaya. Kekanda Zarina, telah selamat melahirkan anak lelaki.
....
Lega rasanya. Kekanda selamat dan anaknya juga. Segala puji hanya untukNya. Pagi tadi dikejutkan Nizam dan Ahmad. Rupanya mereka juga seronok dikurnia anak saudara.

....
Lantas kami bertandang ke Putrajaya. Setiba di sana, meluru ke kaunter pertanyaan. Maklumlah pertama kali ke hospital itu.
....
Saat melangkah, hati sungguh tak sabar untuk bertemu ahli baru keluarga. Amir Luqman namanya. Luq panggilannya bukan Luke Skywalker ya!


....
Amir Luqman bin Mohamad Kharizul
-yang susah menangis, asyik tidur aje.. :)-



....

Abang Mohariz yang kini bergelar Ayah
-tak boleh lagi selalu terlelap ya ...hehehe-




....


Keluarga bahagia (InsyaAllah)

-Kekanda Zarina, Abang Mohariz & Luq yang masih tak mahu menyusu-


....

Luq bersama Unclenya

-yang menggigil (takut cederakan Luq) Luq juga menggigil (kesejukan)-


....

Dunia.. Luq sudah tiba di pangkuanmu. Bimbinglah dia ke jalan yang benar...


....

Langit.. Luq sudah bersedia di bawah lindungmu. Payunglah dia agar tak sukar perjalanannya...


....

Bulan, Suria dan Bintang.. Luq sedang mengorak langkahnya. Terangilah agar tak sesat jelajahnya...

5 Responses
  1. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    MasyAllah! Dah jadi uncle sahabat ku sorang ni! Tahniah! Dan saya juga macam Muha, takut nak pegang bayi yang baru lahir - takut tercederakan dia!

    Oops! Tahniah juga kepada kekanda Zarina dan Mohariz dengan ketibaan anak sulung mereka! Semoga Allah murahkan rezeki :)


  2. mOEha Aziz Says:

    Shah,

    terima kasih. memang risau jugak tadi... tapi aman rasanye bila peluk luq....


  3. Unknown Says:

    Terima kasih cakapje..Baby Luq dalam keadaan sihat..

    Muha.. bila nak datang rumah?


  4. mOEha Aziz Says:

    Nizam ni payah sgt nak cuti.. nyampah aku... hehehe...

    insyaallah akan sampai juga... dekat jer....


  5. my dear brother,

    thank you for all your prayers for us... :-)

    kak ina dah balik damansara ni. ajak la nizam datang sini bila uol free kay! tapi kena bagitau awal2. kena order jerr.. kikikik.....

    take gud care!!


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter