Saudaraku... My Kins...
Si botak gering amat pulak. Mengotorkan selimut dan alas tidur. Terasa bersalah pada Anak Pakcik Budin dan Anak Pakcik Tan yang akan pulang sebentar lagi. Penat penat dari kerja terpaksa bersihkan muntah sirap si botak.
....
Dalam kelelahan, si botak bangkit dan merayap ke peti ajaib. Ditekan butang butang perlahan lahan. Si botak terasa nak berkongsi.
....
Hari ini si botak memang gembira. Dapat cahaya jiwa yang baru. Namun si botak sedih pula. Kekanda berbintang Tikus. Yang terseksa jiwa dan lunyai tubuhnya. Kekanda Tikus kuat orangnya. Si botak nak berkongsi kisah yang biasa sangat kedengaran. Kekanda Tikus terlalu setia. Suami dah pun beristeri muda. Kekanda yang sarat perut itu langsung tidak dipeduli. Namun Kekanda Tikus tetap setia.
....
Klise kata sesetengah orang. Si botak tak peduli. Bukankah pesan berpesan itu suruhan.
....
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan pesan lah dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran. (Al'Ashr 1-3)
....
Yang bernama lelaki, jangan terlalu bangga dengan secebis kuasa yang diberikan. Ingatlah itu Amanah. Kalau tak pandai jaga akan jadi barah. Bila dah jadi barah, susah nak ubat. Jangan terlalu seronok kerana talak ditangan lelaki. Ingatlah itu perkara halal yang dibenciNya. Kalau tak fikir sebelum lafaz akan jadi nanah. Bila dah bernanah, susah nak rawat.
....
Memang jelas boleh menikah sampai 4 orang. Tetapi jangan ambik penerangan dalam ayat 3 Surah AnNisaak bahagian ayat itu sahaja. Ayat kedua Surah AnNisaak Dia suruh orang lelaki jaga anak anak yatim. Kemudian kalau tak sanggup nak jaga, kahwin dengan balu balu yang ada anak. Sangat logik perintah ni, bayangkan nak berhabisan menjaga anak anak orang, sanggupkah? Jadi bila dibenar poligami adalah untuk membela nasib anak yatim. BUKAN NIKAH DENGAN ANAK DARA YANG BOLEH DIPANGGIL CUCU. BUKAN UNTUK NAFSU DAN SEKS SEMATA MACAM YANG DIAMAL KINI! Ini yang terlepas pandang sampai yang bukan Islam ingat Kitabullah berat sebelah dan nak menyedapkan lelaki saja.
....
Ada satu lagi syarat yang sangat berat. KENA ADIL! Kalau tak adil, tak payah nak poligami. Boleh ke jadi adil? Fikir fikirkanlah. Ayat bagi poligami terletak dalam surah yang namanya, AnNisaak - Surah Perempuan. Berhentilah ikut nafsu dan terus menerus menconteng arang ke muka Junjungan Besar! Oleh yang lain agama terus menerus melempar tohmahan kerana itu yang kita tunjukkan! Berhentilah memburukkan ajaran suci ini!
....
Si botak nak tulis lagi tapi dentuman dalam kepalanya seakan menjerit supaya si botak berhenti. Si botak terpaksa akur. Yang penting si botak cuma nak berkongsi dan merayu agar jangan diteruskan perbuatan meludah ke langit. Bila yang lain kepercayaan tertawa dan gelakkan kita, tahu pula nak marah! Renung renung, tenung tenunglah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Muha,
Siapa si botak tu? Yang saya tahu kat sini cuma si hensem je :)
Izinkan saya menambah sedikit kat bab poligami tu: kalau pun tidak berpoligami, wajib berlaku adil pada isteri yang satu tu juga. Perkara ini seperti ramai yang terlepas pandang.
salam shah...
benar sungguh... orang zaman kini dah tak peduli semua tu... terima kasih kerana sudi berkongsi...
S hensem?... salah pandang kot.. hehehehe