Saudaraku... My Kins...
Si botak makin kuat geringnya. Ada harinya anak pak cik Budin terpaksa mengelap kesumba yang tumpah dari mata dan hidung si botak. Tapi senyum tetap akan diukir. Si botak tak sedih pun. Si botak gembira dan bersyukur...
....
Tikus? Si botak suka dengan tikus. Lincah dan tangkas. Kakak si botak yang tua juga lahir di tahun Tikus. Orangnya lincah dan tangkas juga. Jangan sebarang usik, dia akan menyinga! Suaranya merdu bijak menutur melodi. Kini sedang sarat putera ketiga yang banyak sungguh karenahnya.
....
Alkisah sang Tikus, sangat setia. Walau apa pun yang dibuat tuan rumah untuk menghalau. Tikus tetap sudi menemani. Begitu juga Kekanda si botak yang umpama Tikus ini, setianya tiada tandingan. Raja hatinya telah ketemu cinta baru. Terlalu asyik berbuai buai di taman astanaloka. Kekanda si botak tetap setia di rumah biar berendam air mata.
....
Si botak membiarkan Tikus berlari di tamannya. Biarlah, bukannya akan ranap taman ini. Si botak suka taman ini. Ada banyak bunga. Tapi di tengah tengah tasik terdapat Teratai yang memutih. Kekanda si botak ada juga yang umpama Teratai. Putih jiwanya!
....
Orang kata buat apa jadi Teratai. Akar tak jejak ke bumi. Si botak tak setuju. Jejak atau tidak bukan soalnya. Akar tetap akar. Menyangga hidup si Teratai. Begitu juga Kekanda Teratai si botak. Ramai yang kata mimpinya tak realistik. Tak jejak ke bumi. Si botak kata, mimpi mana yang realistik? Manusia yang patut berusaha merealisasikan mimpi. Sebagaimana Kekanda Teratai yang tak pernah berhenti demi sebuah mimpi. Semuanya bermula dengan mimpi. Mereka yang sedang memamah isi saudaranya, teruslah makan daging daging itu, jangan lupa tambah sedikit nanah sebagai perisa!
....
Si botak memang suka Air. Si botak akan menggelitik saat lihat Air. Air sumber yang paling penting. Tanpa Air, tiadalah oksigen. Tanpa Air semua hidupan akan mati kerana Airlah yang akan membawa nutrien di dalam tubuh. Cahaya hati si botak juga berbintang Air. Lembut orangnya bagai Air yang mengalir. Tapi awas, amuknya juga seganas Air yang melimpah. Tsunami kata orang kini.
....
Air menyejukkan. Begitu juga Si Air yang memayungi hati si botak. Menyejukkan si botak yang selalu panas bagai Api. Air menghakis. Si Air ini juga sering amat menghakis sifat sifat mazhumah yang suka melekat keliling si botak.
....
Tikus. Teratai. Air. Tiga kombinasi yang tak harmoni dari sesetengah pandang. Tapi si botak rasa tak lengkap tanpa tiga item ini. Tikus. Teratai. Air. Sumber ilham yang akan terus menyalakan obor si botak. Si botak kan Api.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tikus, teratai dan air....tak terfikir sebelum ini akar teratai tak menjejak bumi rupanya :)
Kakakku... Tapi teratai tetap kembang mekar bukan? :)