Saudaraku... My Kins...
Salam. Saya agak tidak selesa sekarang. Alang alang berada di depan pc baik saya mengarut di sini. : )
....
Sampai bila agaknya kita mahu terus bergantung kepada peradaban Barat? Mungkin anda tertanya kenapa agaknya budak botak ni tiba tiba mengutarakan soal sebegini.

Saya suka membaca. Sedari kecil hingga kini, saya masih gemar membaca. Salah satu tabiat saya ialah membaca sesuatu buku berulang kali. Biar saya sudah hafal akan tulisan itu, tetapi saya akan tetap membacanya berulang kali.
....
Antara buku yang paling saya minati ialah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Dahulunya, bila membaca atau mendengar bahagian pertama buku ini, saya beranggapan ini kisah dongeng semata. Malah Seminar Kesultanan Melayu Nusantara di Pahang pada awal 2005 memutuskan bahawa kisah itu adalah kisah 'dewa dewi' yang tidak boleh diterima pakai. Kisah apa?

Zuriat Iskandar Dzulkarnain
Ini kisahnya; kisah akan Iskandar Dzulkarnain yang sampai ke benua Keling (India) dan menawan salah sebuah kerajaan di sana. Raja agung ini berkahwin dengan Puteri kerajaan itu dan meninggalkan isterinya kerana ingin kembali ke Makaduniah (Macedonia). Puteri itu hamil dan melahirkan seorang putera yang meneruskan warisan Iskandar Dzulkarnain.

Kisah ini berterusan hinggalah kepada Raja Suran yang menyerang Tanah Melayu yang pada masa itu di bawah taklukan SriVijaya. Kisah ini berlanjutan sehingga ke Temasek (Singapura), Melaka dan berakhir di Johor.

Pendapat Barat
Semua sejarahwan setuju bahawa kisah awal Sulalatus Salatin ini adalah rekaan semata bagi menghebatkan asal keturunan raja raja Melayu. Benarkah? Atau kita bersetuju kerana R.O Winstedt dan Shellabear berkata demikian?

Sampai bila ingin kita berpaling kepada ajaran dan penemuan barat? Kita rela menerima apa sahaja yang mereka suapkan? Kita harus ingat, mereka terlalu bergantung kepada bukti yang kadang kadang mereka sendiri tidak faham. Bayangkan membaca tulisan yang sudah lama pupus dan tiba tiba mereka boleh merungkai bahasa itu? Dan lagi sedih, kita turut percaya.

Lupakah kita bahawa kita dititipkan dua sumber rujukan yang sangat lengkap? Al Quran dan Hadith. Kita juga seakan tidak mempedulikan kajian dan penemuan ilmuwan Islam.

Kitab itu (Al Quran) tidak ada keraguan padanya,
jadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa.
Al Baqarah (2)
....
Raja Nurshirwan Adil
Berbalik kita kepada soal asal usul raja raja Melayu. Di dalam permulaan kisah Sulalatus Salatin, terdapat satu nama yang disebut sebut. Raja Nurshirwan Adil.

Maka Raja Ardis Mirkan (anak kepada Raja Kudar Zakuhun anak kepada Raja Amtambus anak kepada Raja Sabur anak kepada Raja Aftus anak kepada Raja Aristun Syah anak kepada Iskandar Dzulkarnain) naik kerajaan; adalah baginda beristerikan anak Raja Nurshirwan Adil, raja masyrik dan raja maghrib;

Menurut Winstedt dan Shellabear serta sejarahwan tempatan yang bijaksana, Watak ini rekaan semata - mata. Raja ini tidak pernah wujud. Benarkah?

Pendapat Ibnu Jarir
Ibnu Jarir merupakan salah seorang ilmuwan Islam yang banyak membicarakan tentang soal sejarah. Antara petikan tulisannya banyak terdapat di kitab Qishashul Anbiya' Ibratul li Ulil Albab karangan Ibnu Kathir. Di dalam kitab ini, semasa membicarakan soal siapa Nabi Khidir, terdapat satu petikan catatan Ibnu Jarir yang sangat menarik;

Kenabian Nabi Musa itu sendiri dimulai pada masa Raja Manusyir (Manougeher) iaitu yang lebih dikenali sebagai Ainurshirwan el Adil; iaitu putera Abraj bin Afridun.
....
Apa yang lagi menarik seorang penulis silam Iran juga, Ferdowsi, di dalam kitabnya Shanameh (Kitab raja raja) juga meriwayatkan kisah yang sama.
....
Jadi terfikir saya. Satu penemuan boleh membawa kepada penemuan yang lebih besar! Jika Al Kindi tidak membangkang teori relativiti, mustahil Einstein boleh memperkembangkannya di kemudian hari. Jika Wilhelm Schickard tidak mencipta alat pengiraan pertama pada 1623, mustahil kita akan punya komputer pada hari ini.
....
Jadi, sampai bila kita mahu terus menerima sogokan mereka yang tidak punya panduan kecuali berpandukan akal semata ini?
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)