Saudaraku... My Kins...

Kisah Samudra dan Pasai
Alkisah menurut Sulalatus Salatin, adalah sebuah negeri yang bernama Samudra dan juga Pasai. Sekarang Acheh lah. Asalnya dibuka oleh anak raja jugak, anak kepada Salman Sasaniah. Dikatakan Salman ini cucu kepada Yazdagred III, Kaisar Farsi (Iran) yang terakhir.


....
Kata orang putih. Nonsense! Mana boleh anak raja Iran jadi raja di Sumatera. Tapi kalau ikut Tarsilah Acheh dan jugak Tarsilah Brunei (dua ni rekod raja raja Acheh dan Brunei lah) terdapat pulak puteri kepada Salman Sasaniah ni yang bernikah dengan anak Jaa'far Sadiq, cicit Baginda Junjungan Besar kita.


....
Ikut riwayat bapak Jaa'far Sadiq iaitu Ali Zainal Abidin, yang merupakan anak kepada Saidina Hussien dan Puteri SyahruBanu binti Yazdagred III. Tak payah susah - susah nak pergi buat kajian. Dah ada otak, dah ada akal, maka renung renunglah. Ini maknanya Salman Sasaniah merupakan bapa saudara sepupu kepada Jaa'far Sadiq. Jadi apa yang mustahilnya jika anak Jaa'far Sadiq bernikah dengan puterinya Salman?


....
Jadi anak Salman tadi Meurah Silu bukak lah dua negeri, Samudra dan Pasai. Datang pulak dua Syeikh dari Mekah tawar diri nak Islamkan dua dua raja ni. Jangan keliru, orang Farsi pada masa itu memang masih belum Islam. Masih sembah api.Orang Sumatera lagi lah. Masih kuat paganisme. Maka Islam lah anak raja ni. Merah Silu memakai gelaran Sultan Malikul Salleh. Bukti sememangnya ada, di Acheh masih terdapat makam Sultan Malikul Salleh dan keturunannya. Selebihnya kena ikut suruhanNya yang pertamalah; BACALAH!

....
Kita jangan banyak tanya macam Yahudi! Surah AlBaqarah diturunkan antara lainnya untuk menerangkan sikap banyak tanya yang tak bertempat. Suruh Nabi Musa a.s tanya Yang Esa siapa yang bunuh seorang lelaki tu. Bila disuruh cari lembu betina (AlBaqarah), tanya pulak badan macam mana, kulit warna apa, dah beranak ke belum. Hish,banyak betul tanya nya. Sebab surah ini dinamakan AlBaqarah, sebagai peringatan buat kita. Jangan Banyak Bertanya yang bukan bukan!
....
Banyak tanya tak bertempat ni memang tak bagus. Tak bagus untuk otak. Otak tak berkembang. Jadi malas. Jadi berkarat. Lagi satu tak bagus untuk hubungan sesama manusia. Orang jadi menyampah kalau kita banyak tanya. Apa yang paling penting, kalau tak guna otak, banyak bertanya, jadi tak bersyukur. Dia telah kurniakan sebesar besar kurnia pada manusia. Pokok tak dapat nikmat ni, lembu pun tak dapat, kita yang ada, gunakanlah.
....
Kisah Samudra Pasai ini boleh membuktikan banyak kekeliruan yang timbul mengenai sejarah bangsa Melayu. Islam sememangnya telah bertapak di sini sebelum zaman Melaka. Dalam buku teks sejarah, kita diajar yang sebaliknya. Islam datang masa zaman Melaka. Ini kerana kita berpandukan sejarahwan barat yang baca jawi pun asyik salah. Timbul pula Batu Bersurat Terengganu. Bukti nyata yang Islam dah lama bertapak di sini. Apa agaknya hujah yang akan dikemukakan Winstedt sekiranya dia masih ada kini?
....
Yang paling penting, bacalah! Jangan berpegang pada satu usul atau hujah semata kecuali bila membaca Kitabullah. Macam pernah dikatakan dulu, janganlah jadi lembu yang ditarik hidung. Sakit....
0 Responses
  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter