Saudaraku... My Kins...

Kenal - mengenali.....
Salam. Saya sedang berusaha mempelajari bahasa Farsi. Agak mencabar dengan struktur ayatnya yang terbalik. Itu yang membuatkan saya lebih bersemangat. Apatah pula saya dibantu oleh Aunty Elahe Norman, warga Iran yang sangat lembut tuturnya. Aunty Elly (panggilan saya padanya) berkahwin dengan Uncle Norman (anak kelahiran Muar, Johor yang merdu alun suaranya) dan telah lama menetap di Malaysia.
....
Di dalam cuba menguasai bahasa yang indah ini, teringat pula saya akan satu ayat yang cukup penting buat kita umat Islam.
....
Wahai Manusia!
Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan,
dan menjadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku,
supaya kamu saling mengenali.
Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Al Hujurat:13
....
Saya bersyukur kerana Yang Maha Esa jadikan pelbagai bangsa, saya sendiri pun merupakan benih cinta berlainan bangsa. Begitu indah rasanya melihat dunia yang penuh warna warni budaya. Bayangkan jika cuma ada satu not muzik untuk dilagukan. Alangkah bosannya.
....
Cuma terfikir saya, jika bangsa Arab terkenal dengan jubah, jilbab dan serbannya, bangsa India dengan saree dan jippanya, bangsa Cina dengan samfu dan cheongsamnya, bagaimana pula nak membezakan bangsa Melayu pasca moden? Apa pengenalan bangsa kita?
....
Anak anak muda yang berusaha keras mendalami ilmu dan sejarah bangsa masyarakat Eropah agar berpakaian dan hidup seperti masyarakat Goth umpamanya? Kaum hawa yang sentiasa panas (memakai anak baju sahaja)?Jadi apa lagi yang tinggal untuk bangsa lain mengenali kita sedang kita tidak ubah seperti mereka?
....
Nampak gayanya kita semakin gagal menonjolkan identiti bangsa kita sehingga bangsa dan suku lain tidak lagi sedar akan kewujudan kita. Jadi jika kita berusaha terus untuk menjadi bangsa lain, bukankah kita telah gagal mentaati perintahNya?
....
Terfikirkah?
0 Responses
  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter